Wednesday, 17 September 2014

Membuka akaun di CIMB Bank & CIMB Clicks


Labsheet 1

Tajuk       : Cara-cara membuka akaun di CIMB Bank
Pensyarah: Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama       : Nurakmar Bt Abd Aziz
Section    : 2

Langkah-langkah untuk membuka akaun CIMB

Cawangan CIMB Parit Raja

1. Pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan dengan anda.
2. Bawa bersama kad pengenalan dan wang pendahuluan untuk membuka akaun sebanyak RM250.00 sahaja.

Kaunter Pertanyaan

1. Nyatakan tujuan anda adalah untuk membuka akaun dan serahkan kad pengenalan apabila diminta.
2. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan cap jari dan menandatangani borang yang diberikan.
3. Nombor giliran akan diberi dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.

Kaunter Perkhidmatan

1. Pegawai yang terlibat akan membantu anda untuk membuka akaun di CIMB.
2. Serahkan kad pengenalan dan wang sebanyak RM250 apabila anda diminta untuk berbuat demikian.
3. Seterusnya, anda akan diminta untuk membuat pengesahan cap jari dan menandatangani beberapa borang yang akan diberikan.
4. Setelah selesai, anda akan diberikan slip transaksi (deposit akaun simpanan) yang bernilai RM 250.

Slip Transaksi 


Penerimaan Kad ATM


1. Nama anda akan dipanggil untuk menerima kad ATM dan anda perlu menurunkan tandatangan untuk pengesahan penerimaan kad ATM.
2. Satu borang yang mengandungi no pin sementara akan diberikan (no pin ini perlu diubah dalam masa 24 jam selepas penerimaan kad ATM).
3. Bagi tujuan pengubahan no pin yang baru anda perlu melaksanakannya di mesin ATM di CIMB bank.
4. Setelah selesai penukaran no pin, anda akan menerima slip yang mengatakan bahawa anda telah mengubah no pin kepada nombor pin yang baru.

Slip Penukaran No Pin

Pendaftaran di CIMB cliks

Bahagian 1:

1. Anda perlu melakukan permohonan untuk mendaftar CIMB cliks di mesin ATM.
2. Masukkan kad ATM dan no pin seperti yang diminta, pilih menu lain-lain dan pilih CIMB cliks. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Setelah selesai anda akan menerima slip yang mengatakan anda telah melakukan permohonan untuk pendaftaran CIMB cliks.

Slip Permohonan CIMB cliks

  
Bahagian 2 :

Sila layari laman sesawang seperti yang tertera di sebelah ini https://www.cimbclicks.com.my/ 

1. Ikuti langkah-langkah untuk pendaftaran seperti berikut:


a) Sila Klik di bahagian 'Online Registration' seperti yang tertera di bawah.


b) Sila Klik di bahagian 'Register Now' seperti dalam gambar dibawah.


c) Isikan maklumat diruangan seperti yang tertera diikuti dengan langkah kedua dan ketiga.

Langkah 1


Pendaftaran selesai
d) Pastikan SecureWord anda adalah sama seperti anda mula-mula mendaftar sebelum memasukkan kata laluan seperti yang diminta. 



e) Seterusnya anda perlu klik "Proceed to Homepage" seperti yang tertera dibawah.


f) Paparan seterusnya meminta anda untuk menjawab soalan bagi tujuan keselamatan.


g) Anda sekarang telah berjaya mendaftar di CIMB Cliks.


Kesimpulannya, proses untuk membuka akaun di CIMB Bank dan CIMB cliks tidak mengambil masa yang lama. Ianya, bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang di setiap cawangan CIMB Bank yang berdekatan dengan anda. Sekirannya, anda memerlukan sebarang bantuan kakitangan CIMB Bank akan membantu anda dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dialami sepanjang anda berurusan dengan pihak bank.

No comments:

Post a Comment