Thursday, 30 October 2014

Sell Limit Order

Labsheet 6

Tajuk        : Penetapan "Sell Limit Order"
Pensyarah  : Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama        : Nurakmar Bt Abd Aziz
Section      : 2

Sell Limit Order

Berikut adalah cara-cara untuk menetapkan "Sell Limit Order"

Langkah 1

  • Klik pada New Order 
  • Ubah Type kepada Pending Order
  • Pending Oder: Type --- Sell Limit
Langkah 2

Pada bahagian at price harga perlu ditambah sebanyak +20 pip daripada harga semasa

 Harga Semasa : 1.6122
At Price : 1.6122 + 0.0020 = 1.6142


Langkah 3

Penetapan bagi Stop Loss (S/L) dan Target Profit (T/P)


  • Double klik pada stop loss (s/l) atau target profit (t/p)
1) Pengiraan Target Profit (T/P) -20 pip dari harga semasa

Harga Semasa : 1.6142
1.6142 - 0.0020 = 1.6122



2) Pengiraan Stop Loss (S/L) +60 pip dari harga semasa

Harga Semasa : 1.6142
1.6142 + 0.0060 = 1.6202



Langkah 4


  • Setelah anda selesai menetapkan harga klik Modify



Jadual dibawah boleh dijadikan sebagai rujukan untuk anda melakukan pengiraan.



Kesimpulannya, Sell Limit Order boleh ditetapkan pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa.Anda boleh menetapkan sell limit order pada 1.6040 ketika harga semasa masih pada 1.6000. Sell Order anda akan masuk ke pasaran secara automatik apabila harga mencapai paras sell limit yang telah ditetapkan sebelum ini.

Tuesday, 28 October 2014

Sell Stop Order

Labsheet 5

Tajuk         : Penetapan "Sell Stop Order"
Pensyarah   : Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama         : Nurakmar bt Abd Aziz
Section       : 2

Sell Stop Order

Langkah yang perlu dilakukan untuk penetapan "Sell Stop Order".

Pertama : Klik pada New Order 
Kedua : Tukarkan Type kepada Pending Order
Ketiga : Pada bahagian Pending Order tukarkan Type kepada Sell Stop
Keempat : Tetapkan harga dibahagian at price (harga perlu lebih rendah dari harga semasa sebanyak 20 pip)

Harga Semasa : 1.6122
at price : 1.6122 - 0.0020 = 1.6102


Seterusnya,adalah penetapan bagi Stop Loss (S/L) dan Target Profit (T/P)

1st

  • Klik pada S/L atau T/P
2nd


  • Pengiraan T/P -20 pip daripada harga semasa 1.6082 - 0.0020 = 1.6062
  • pengiraan S/L +60 daripada harga semasa 1.6082 + 0.0060 = 1.6142


Setelah anda melakukan penetapan harga, klik pada Modify (pastikan pengiraan yang anda lalukan adalah betul).


Bagi memudahkan anda untuk melakukan pengiraan dan mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan, anda boleh membuat jadual seperti dibawah.


Kesimpulannya, Sell Stop Order boleh ditetapkan di bawah harga semasa. Anda boleh tetapkan sell stop anda pada paras 1.6000 ketika harga semasa adalah 1.6020. Order anda akan masuk secara automatik apabila harga mencapai 1.6000. 

Monday, 27 October 2014

Buy Limit Order

Labsheet 4

Tajuk       : Penetapan "Buy Limit Order"
Pensyarah : Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama       : Nurakmar Bt Abd Aziz
Section     : 2


Buy Limit Order

Berikut adalah langkah untuk menetapkan "Buy Limit Oder"

1. Klik pada New Order dan tukarkan Type kepada Pending Order.



 2. Tukarkan Type kepada Buy Limit. Di bahagian at price harga semasa perlu ditolak sebanyak 10 pip.

Sebagai panduan:

Harga Semasa adalah 1.6116 
Buy Limit adalah 1.6106


1.6116 - 0.0010 = 1.6106


3. Seterusnya adalah penetapan harga bagi Stop Loss (S/L) dan Target Profit (T/P)

Pertama :

Klik pada S/L atau T/P

Kedua :

Pengiraan  T/P  +20 pip daripada harga semasa 1.6106 + 0.0020 = 1.6126

Pengiraan S/L  -60 pip daripada harga semasa 1.6106 - 0.0060 = 1.6046 









Kesimpulanya, Buy Limit Order boleh ditetapkan pada harga yang lebih rendah daripada harga semasa. Sebagai contoh anda boleh menetapkan Buy Limit pada paras 1.6000 ketika harga semasa adalah 1.6020. Buy order akan masuk ke dalam pasaran secara automatik apabila harga terus turun daripada harga semasa dan mencapai harga buy limit yang telah ditetapkan sebelum ini.

Thursday, 23 October 2014

Buy Stop Order

Labsheet 3

Tajuk : Penetapan 'Buy Stop Order'
Pensyarah : Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama : Nurakmar Bt Abd Aziz
Section : 2


Buy Stop Order

Langkah yang perlu dilakukan :

1. Klik pada New Order dan pada bahagian Type tukar kepada Pending Order 


New Order
2. Tukarkan Type kepada Buy Stop. Pada bahagian at Price harga semasa perlu ditambah sebanyak 10.

Sebagai panduan harga semasa adalah 1.6031 manakala harga untuk menetapkan Buy Stop 1.6041


1.6031 + 0.0010 = 1.6041


3. Penetapan kepada harga bagi Stop Loss (S/L) dan Target Profit (T/P). Ambil nisbah 3:1 bagi harga semasa yang perlu anda perdagangkan.

Langkah 1

Klik pada S/L atau T/P

Dalam pengiraan Buy Stop +20 bagi T/P (take profit)
                                        -60 bagi S/T (stop loss)


Kesimpulannya,Buy Stop Order boleh ditetapkan pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa ini sebagai contoh anda boleh menetapkan buy stop pada harga 1.6040 semasa harga terkini masih pada paras 1.6000.


Wednesday, 1 October 2014

Penggunaan Indikator Moving Average Convergence Divergence (MACD)

Lab 2

Tajuk: Moving Average Convergence Divergence (MACD)
Pensyarah: Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama       : Nurakmar bt Abd Aziz
Section     :2

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda memasukkan indikator MACD (Moving Average Convergence Divergence).

Bahagian 1

Klik Insert --> Indicators -->Oscilators --> MACD


Anda akan dapat melihat paparan seperti dibawah setelah anda mengikuti langkah diatas.


Pada bahagian ini anda perlu menukar parameters yang terdapat pada jadual.Setelah selesai klik OK.

                                    Fast EMA : 12
                                    Slow EMA : 26
                                    MACD SMA: 9

*EMA (Exponential moving average)
*SMA (Simple moving average)


Langkah seterusnya adalah menukar Colors seperti yang ditunjukkan.Setelah selesai klik OK.
        
                              Main: Lime
                              Signal: Red


Langkah yang terakhir ialah pada bahagian Levels dimana anda perlu klik ADD dan nilainya adalah 0.0. Klik OK selepas penukaran dilakukan.


Pada graft anda akan terhasilnya MACD seperti paparan dibawah.



Kesimpulannya, MACD merupakan satu indikator yang digunakan untuk melihat trend kerana ciri-cirinya yang berkadar terus dan amat sesuai dijadikan sebagai penunjuk pasaran anda. 


Friday, 26 September 2014

Cara-cara "Install" InstaForex (Demo akaun)

Labsheet 2

Tajuk : Cara-cara "Install" InstaForex (Demo akaun)
Pensyarah       :Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama             :Nurakmar Bt Abd Aziz
Section           :2

Bahagian 1

1. Double klik pada ikon seperti gambar dibawah.




2. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.Klik pada button 'Next' untuk ke paparan seterusnya.




3.Seterusnya 'tick' Yes, I agree with all terms of this license agreement dan pilih button 'Next' untuk langkah selanjutnya.



4. Bahagian ini adalah yang paling penting sekali kerana anda perlu menamakan akaun demo tersebut.Pada bahagian "Installation folder dan program group" anda perlu memadam perkataan InstaTrander dan menggantikan dengan perkataan demo1.



5. Klik button 'Next' setelah anda memberi nama akaun anda dengan "demo1".




6. Proses intallation akan bermula dan anda perlu menunggu sehingga proses menginstall selesai.


7. Setelah proses menginstall selesai. Langkah seterusnya anda perlu klik pada button finish untuk ke paparan yang berikutnya.


8. Sila klik pada ikon dibawah untuk langkah yang seterusnya. (Ikon ini berada dekstop anda secara automatik setelah anda mengikuti langkah-langkah seperti yang dinyatakan sebelum ini).


9. Anda akan melihat paparan seperti dalam gambar dibawah.



10. Paparan berikutnya meminta anda untuk memilih jenis akaun yang perlu dibuat. Oleh itu, pada langkah ini anda perlu klik pada InstaForex-Demo.com dan klik pada button scan.Setelah selesai anda perlu klik pada button 'Next'.


11. Pada paparan ini, anda hanya perlu klik pada button 'Next' sahaja.


12.Sila isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan. Sila tetapkan deposit anda sebanyak 1000 USD dan tick  I agree to subscribe to your newsletters. Langkah selajutnya adalah klik pada button "Next".


13. Setelah mengisi butir-butir yang diperlukan.Anda akan diberi kata laluan dan id login untuk masuk ke akaun demo anda. Anda kini telah berjaya mencipta akaun demo untuk pemerdagangan wang. Sila ikuti langkah selanjutnya untuk setting akaun.



Bahagian 2

Cara-cara Setup Akaun Demo

1. Klik x(pangkah) pada setiap window yang dipaparkan.



2. Pilih menu File -->New Chart


3. Klik pada Forex Major-->GBPUSD



4. Untuk menghilangkan garisan putih yang terdapat pada graf anda, klik Grid seperti gambar dibawah untuk melakukannya.


5. Seterusnya, klik pada Candlesticks yang mewakili nombor (1) dan Chart Shift yang mewakili nombor (2). Selepas itu anda perlu zoom sebanyak 3 kali seperti dalam bulatan.



6.Langkah berikutnya, adalah menukar warna candlestick anda. Klik kiri dan pilih Properties.Tukar warna seperti yang terdapat pada gambar dibawah. Setelah selesai klik OK.



7. Pada bahagian ini anda perlu memasukkan Moving Average. Pilih Insert--> Indicators-->Trend-->Moving Average


8. Pada bahagian ini, anda perlu menukar Period kepada nombor 9 dan tukar Style kepada warna Aqua,perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada Moving Average bernombor 26 dan style warna ditukar kepada warna merah. Anda boleh memilih jenis ketebalan garisan mengikut kesesuaian.

Moving Average 9



Moving Average 26

9. Ini adalah bahagian terakhir dimana anda boleh menjalankan aktiviti pemerdagangan wang secara demo di akaun ini. Klik pada New order untuk Sell ataupun Buy.




Kesimpulannya, demo akaun ini dapat membantu anda untuk mempelajari selok belok urusan pemerdagangan wang sebelum anda memasuki akaun yang sebenar. Ini dapat mengurangkan risiko kerugiaan sebelum anda memasuki akaun yang sebenar. Demo akaun ini dapat memantapkan pengetahuan anda sepanjang menjalankan aktiviti pemerdagangan wang.

Wednesday, 17 September 2014

Membuka akaun di CIMB Bank & CIMB Clicks


Labsheet 1

Tajuk       : Cara-cara membuka akaun di CIMB Bank
Pensyarah: Profesor Madya Miswan bin Surip
Nama       : Nurakmar Bt Abd Aziz
Section    : 2

Langkah-langkah untuk membuka akaun CIMB

Cawangan CIMB Parit Raja

1. Pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan dengan anda.
2. Bawa bersama kad pengenalan dan wang pendahuluan untuk membuka akaun sebanyak RM250.00 sahaja.

Kaunter Pertanyaan

1. Nyatakan tujuan anda adalah untuk membuka akaun dan serahkan kad pengenalan apabila diminta.
2. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan cap jari dan menandatangani borang yang diberikan.
3. Nombor giliran akan diberi dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.

Kaunter Perkhidmatan

1. Pegawai yang terlibat akan membantu anda untuk membuka akaun di CIMB.
2. Serahkan kad pengenalan dan wang sebanyak RM250 apabila anda diminta untuk berbuat demikian.
3. Seterusnya, anda akan diminta untuk membuat pengesahan cap jari dan menandatangani beberapa borang yang akan diberikan.
4. Setelah selesai, anda akan diberikan slip transaksi (deposit akaun simpanan) yang bernilai RM 250.

Slip Transaksi 


Penerimaan Kad ATM


1. Nama anda akan dipanggil untuk menerima kad ATM dan anda perlu menurunkan tandatangan untuk pengesahan penerimaan kad ATM.
2. Satu borang yang mengandungi no pin sementara akan diberikan (no pin ini perlu diubah dalam masa 24 jam selepas penerimaan kad ATM).
3. Bagi tujuan pengubahan no pin yang baru anda perlu melaksanakannya di mesin ATM di CIMB bank.
4. Setelah selesai penukaran no pin, anda akan menerima slip yang mengatakan bahawa anda telah mengubah no pin kepada nombor pin yang baru.

Slip Penukaran No Pin

Pendaftaran di CIMB cliks

Bahagian 1:

1. Anda perlu melakukan permohonan untuk mendaftar CIMB cliks di mesin ATM.
2. Masukkan kad ATM dan no pin seperti yang diminta, pilih menu lain-lain dan pilih CIMB cliks. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Setelah selesai anda akan menerima slip yang mengatakan anda telah melakukan permohonan untuk pendaftaran CIMB cliks.

Slip Permohonan CIMB cliks

  
Bahagian 2 :

Sila layari laman sesawang seperti yang tertera di sebelah ini https://www.cimbclicks.com.my/ 

1. Ikuti langkah-langkah untuk pendaftaran seperti berikut:


a) Sila Klik di bahagian 'Online Registration' seperti yang tertera di bawah.


b) Sila Klik di bahagian 'Register Now' seperti dalam gambar dibawah.


c) Isikan maklumat diruangan seperti yang tertera diikuti dengan langkah kedua dan ketiga.

Langkah 1


Pendaftaran selesai
d) Pastikan SecureWord anda adalah sama seperti anda mula-mula mendaftar sebelum memasukkan kata laluan seperti yang diminta. 



e) Seterusnya anda perlu klik "Proceed to Homepage" seperti yang tertera dibawah.


f) Paparan seterusnya meminta anda untuk menjawab soalan bagi tujuan keselamatan.


g) Anda sekarang telah berjaya mendaftar di CIMB Cliks.


Kesimpulannya, proses untuk membuka akaun di CIMB Bank dan CIMB cliks tidak mengambil masa yang lama. Ianya, bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang di setiap cawangan CIMB Bank yang berdekatan dengan anda. Sekirannya, anda memerlukan sebarang bantuan kakitangan CIMB Bank akan membantu anda dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dialami sepanjang anda berurusan dengan pihak bank.